Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia
supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha
mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya. Supaya kita mencari
jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak
akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.
Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.
Dari al-Quran :-
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-
“Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”
Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)
Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud:-
“Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud:-
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan
bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan
bumi…” (Al-A’raf: 96)
Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu
termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di
dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan
segala amalan sunat dan sebagainya.
Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda:
“Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk
beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan
penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu
menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua
tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin
Yassar r.a.)
Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka
Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang
bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya.
Ayatnya Bermaksud:
“Dan
(ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-
“Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”
Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)
Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya
perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam.
Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: -
“Sesiapa membaca
surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”
Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud:-
“Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
“Seandainya kamu
bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi
rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari
telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi
dll.)
Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan
tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita
fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari
berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya
akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.
Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang
berhijrah akan memperolehi banyak rezeki:-
“Barangsiapa berhijrah di
jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas
dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)
Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki
seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w:-
“Barangsiapa
belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin
mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan
segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada
terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya
dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”
Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud:-
“Barangsiapa
yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan
dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia
tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya.
Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan
dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus
mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah
hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman:-
“Wahai
manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada
kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang
tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi,Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.
No comments:
Post a Comment